Perlembagaan sebagai Tiang Seri Perpaduan


e-FOLIO 

MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

Topik 7: Perlembagaan Sebagai Tiang Seri Perpaduan

Nama Pensyarah :
  • MOHD FAIZAL BIN MAT PESA
Nama Ahli : 
  • SHAHRUL HIZMAN BIN NOOR AL' AZAM (14DAT21F1016)
  • MYRA ARRISSYA BINTI MOHAMAD NIZAM (14DAT21F1024)
  • AZRUL AZHAN BIN SHAMSUL IZUAN (14DAT21F1058)
  • MILTON A/L CHARLES (14DAT21F1009)
  • KAVINEKA A/P SIVAN (14DAT21F1064) 

ISI KANDUNGAN

  • Objektif 
  • Pengenalan
  • Definisi dan Konsep Perlembagaan
  • Sejarah Penggubalan Perlembagaan
  • Ciri-ciri Perlembagaan Malaysia
  • Tujuan Perlembagaan
  • Tokoh-tokoh Perlembagaan
  • Perkara Asas Dalam Perlembagaan
  • Isu Perlembagaan 
  • Kesimpulan
  • Rujukan

OBJEKTIF
  1. Memahami maksud keseluruhan dan peruntukan-peruntukan utama yang terkandung dalam perlembagaan persekutuan
  2. Menghuraikan perlembagaan asas etika dan peradaban di Malaysia
  3. Membincangkan konsep dan tujuan perlembagaan

PENGENALAN

  • Sebelum kedatangan kuasa asing ke Tanah Melayu, beberapa negeri telah mempunyai sistem pemerintahan sendiri. Ini dapat dilihat pada zaman Kesultanan Melayu Melaka yang mengamalkan undang-undang laut Melaka dan hukum kanun Melaka
  • Setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Perlembagaan Malaysia telah diperkenalkan dan digunapakai.
  • Perlembagaan Malaysia, juga dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan yang mengandungi 183 perkara, 15 bahagian dan 2 fasal merupakan undang-undang tertinggi di Malaysia.

DEFINISI DAN KONSEP PERLEMBAGAAN

  • Perlembagaan boleh didefinisikan sebagai undang-undang yang menggariskan pemerintahan sesebuah negara.
  • Ia merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi sumber dan punca kepada semua undang-undang. Semua undang-undang lain hendaklah tidak bertentangan dengan perlembagaan :

"Perlembagaan ini adalah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka dan yang berlawanan dengan Perlembagaan ini hendaklah terbatal setakat berlawanan dengan itu".

Perkara 4(1)

  • Perlembagaan juga dapat menjadi rujukan dalam membentuk sesebuah kerajaan dan memberi panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasa dan mentadbir negara.
  • Melalui perlembagaan, jaminan terhadap hak asasi dan kebebasan rakyat dan keadilan sosial untuk semua kaum di negara diberikan.
  • Selain itu, pemerintahan sesebuah negara dapat diselaraskan. Selain itu, dapat menjamin pentadbiran yang cekap, jujur, ikhlas dan menjamin taat setia rakyat kepada negara yang tidak terbelah bahagi kepada negara.

SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN

  • Dikuatkuasakan pada 31 Ogos 1957 bersamaan tarikh kemerdekaan Tanah Melayu dan dibentuk berasaskan dokumen Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Tanah Melayu 1957
  • Perjuangan Kebangsaan
    • Sepanjang penjajahan, orang Melayu sentiasa bangkit menentang. Selain perjuangan berdarah yang bermula sejak penjajahan Portugis di Melaka, Belanda, Inggeris dan Jepun. Perjuangan juga digerakkan melalui semangat kebangsaan
  • Pertubuhan
    • Menjelang abad ke 20, muncul pertubuhan-pertubuhan seperti Kesatuan Melayu Singapura, Kesatuan Melayu Perak, Kesatuan Melayu Muda dan lain-lain yang menjadi medium menentang penjajah.
  • Media Massa
    • Media massa seperti akhbar dan majalah juga berperanan sebagai medium penyebaran semangat perjuangan seperti Utusan Malaysia, Majlis, Al-Imam, Saudara dan Warta Sarawak
  • Tokoh
    • Muncul tokoh-tokoh intelektual Melayu seperti Rahim Kajal, Ibrahim Yaakob, Pak Sako dan lain-lain menyedarkan orang Melayu supaya bangun menuntut kemerdekaan.

CIRI-CIRI PERLEMBAGAAN MALAYSIA
  • Perlembagaan yang bertulis yang dikanunkan dalam sebuah buku. Hal ini berlainan daripada perlembagaan United Kingdom yang mengamalkan perlembagaan tidak bertulis.
  • Mengandungi 183 Perkara dan 13 JadualPerkara adalah untuk mentakrifkan hak dan kewajiban pemerintah atau warganegara secara kasar manakala Jadual pula berfungsi menerangkan secara terperici mengenai sesuatu perkara itu.
  • Bersifat ketat dan sukar dipinda. Pindaan yang hendak dibuat tidak sama dengan pindaan akta-akta lain yang diluluskan oleh Parlimen. Perkara 159 memperuntukkan bahawa beberapa peruntukan yang hendak dipinda hendaklah dipersetujui oleh Majlis Raja-raja Melayu dan lain-lain hendaklah mendapat sokongan majoriti dua pertiga ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
  • Merupakan undang-undang utama dan tertinggi. Ia memperuntukkan bahawa Perlembagaan adalah undang-undang yang berlawanan dengannya hendaklah terbatal dengan sendirinya.
  • Terdapat idea pengasingan kuasa sebagaimana doktrin itu diamalkan di England. Pembahagian itu dapat dibahagikan kepada tiga bahagian yang berlainan dalam sistem pemerintahan negara, iaitu kuasa menggubal undang-undang, pemerintah dan kuasa kehakiman.

TUJUAN PERLEMBAGAAN
  • Mewujudkan pemerintahan yang adil
  • Alat rujukan bagi menyelesaikan masalah
  • Mengekalkan identiti negara/menjamin keutuhan dan kedudukan negara
  • Mengelakkan penyalahgunaan kuasa serta mengawal pergerakan kerajaan dan rakyat
  • Menjaga keamanan dan kestabilan negara

TOKOH-TOKOH PERLEMBAGAAN



                                       Ibrahim Yaakob                  Abdul Rahim Kajai                    Ishak Haji Muhammad

PERKARA ASAS DALAM PERLEMBAGAAN

PERKARA ASAS DALAM PERLEMBAGAAN

Raja-Raja Melayu

Perkara 32, 38, 70, 71 dan 159(5)

Agama Islam

Perkara 3

Hak Kaum Melayu dan Bumiputra

Perkara 153

Bahasa Melayu

Perkara 152

Hak Asasi

Pekara 5 - 13

ISU - ISU PERLEMBAGAAN

Bhg 2. Perkara 5-13 Perlembagaan Malaysia 

1) Raja-Raja Melayu 

Raja-raja Melayu merupakan institusi tradisional orang-orang Melayu yang paling lama, bersejarah dan penting, walaupun telah melalui pelbagai perubahan dan anjakan paradigma khususnya selepas penubuhan Persekutuan Tanah Melayu dalam tahun 1948. Kedudukan raja Melayu dalam Perlembagaan: 

  • Perkara 32: Isteri Yang di-Pertuan Agong (digelar Raja Permaisuri Agong) hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang lain di dalam Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong. 
  • Perkara 38: Kuasa Majlis Raja-Raja menghalang Parlimen membuat undang-undang yang menyentuh kedudukan Raja-Raja Melayu, orang Melayu, bahasa Melayu dan Islam. 
  • Perkara 70: Raja-Raja Melayu dan Yang Dipertuan Negeri
  • Perkara 71: Hak seseorang raja untuk mewarisi, memegang, menikmati dan menjalankan hak-hak keistimewaan disisi perlembagaan bagi seseorang raja dalam negeri itu. 
  • Perkara 159: Institusi kesultanan dilindungi dengan cara bahawa tiada pindaan boleh dibuat terhadap peruntukan berhubung dengan Majlis Raja-Raja, susunan keutamaan dan hak-hak mereka untuk warisan sebagai raja negeri masing-masing tanpa persetujuan MRR. 
Kes 1: Karpal Singh vs Sultan Perak 

Karpal Singh mempersoalkan campur tangan pihak istana iaitu Sultan Azlan Shah Perak dalam urusan pentadbiran kerajaan negeri 

Isu:  Karpal Singh dianggap telah menghina Sultan Perak dengan mempertikaikan keupayaan Seri Paduka untuk berfikir sendiri 



2) Agama Islam

Perlembagaan Persekutuan Malaysia di Bahagian 2 (Perkara 11 tertakluk kepada Fasa 4) 

Di dalam perlembagaan terdapat peruntukkan yang menyatakan Islam adalah agama persekutuan. Kedudukan Islam sebagai agama persekutuan dan tidak akan mengancam hak orang bukan Islam untuk menganut dan mengamalkan kepercayaan beragama. 
  • Seseorang itu bebas menguruskan hal ehwal agama sendiri. 
  • Individu yang berumur 21 tahun ke atas bebas milih agama yang disukainya 
  • Menubuhkan dan menyelenggara yayasan bagi maksud agama
  • Memegang harta tanah dan bangunan tempat beribadat mengikut undang-undang.
  • Menyekat penyebaran agama kepada orang Islam (Pindaan Akta A1095)
  • Tidak dibenarkan mengamalkan agama sesat yang dapat mengugat ketenteraman awam, kesihatan awam atau akhlak

 Sebagai contoh, di Malaysia terdapat pelbagai etnik dan mereka boleh mengamalkan mengikuti pilihan sendiri, mengikuti keluarga atau mengikuti warisan etnik sendiri. 




Di Malaysia, semua etnik yang berbeza bebas untuk menganuti agama yang disukai tanpa dibataskan oleh Perlembagaan kerana kebebasan beragama. 

Majoriti agama yang dapat didapati dalam Malaysia ialah: 
  1. Agama Islam 
  2. Agama Buddha 
  3. Agama Hindu
  4. Agama Kristian 
Kebebasan agama memberi kebaikan kepada etnik-etnik di Malaysia kerana bebas menguruskan hal ehwal agaman sendiri selepas 21 tahun tetapi agama tersebut tidak mengugat kenteraman awam. Dalam Malaysia, semua etnik saling menghormati walaupun meganuti agama yang berbeza. Ini kerana etnik-etnik di sini saling menmahami dan menerima kewujudan agama yang lain biarpun agama tersebut berbeza dengan sendiri. 

Pematuhan perlembagaan Persekutuan Malaysia adalah penting untuk menjana hubungan etnik yang lebih erat dan harmoni kerana pentingnya uuntuk semua etnik saling menghormati antara satu sama lain supaya negara kita menjadi lebih aman serta damai dan mencapai perpaduan kaum. 


Kes 1: Suzie Teoh atau Nur Aini (2018) 
  • Suzie Teoh, 16 memluk Islam atas kerelaan sendiri. 
  • Bapa beliau telah menyaman Islam Negeri Kelantan.
  • Selepas dua tahun, barulah pengislaman beliau diisytiharkan. 
Kes 2: Lina Joy atau Azalina Jailani (1987) 
  • Menukar agama dari beragama Islam kepada agama Kristian (Murtad)
  • Tidak disenangi oleh sebahagian besar umat Islam di Malaysia

3) Bahasa Kebangsaan 

Perkara 152: Bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu (yang mengikut implikasi yang diperlukan mestilah digunakan untuk maksud rasmi) 

1984: BAHASA MELAYU DAN LINGUA FRANCA 
  • Sebelum perang dunia kedua Bahasa Melayu digunakan secara meluas bagi tujuan rasmi seperti mesyuarat, perundagan dan kehakiman di negeri-negeri melayu tidak bersekutu dan sebagainya bagi memudahkan urusan pentadbiran kerana kakitangannya terdiri daripada pelbagai kaum (Mohd Salleh 1984) 
  • Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan adalah untuk memenuhi keperluan bagi menyatupbagai etnik melalui penggunaan satu bahasa yang sama , iaitu bahasa melayu yang telah menjadi bahasa pengantara negara ini sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. 
  • Para pemimpin terdahulu telah memutuskan bahawa sebuah negeri yang merdeka tidak dapat terus menggunakan bahasa inggeris  sebagai bahasa rasmi jika hendak menyatupadukan penduduknya yang bersifat pelbagai etnik. 
2011: ISU PENGAJARAN SUBJEK MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA MELAYU 

Dipijak daripada rencana Utusan Online. 15/9/2011
Tajuk: Bahasa Melayu dimartabat, Inggeris diperkasa

Bahasa Melayu (BM) memiliki upaya tinggi menjadi salah satu bahasa tersohor di dunia kerana BM berada dalam kedudukan amat unik untuk dijadikan bahasa integrasi dan bahasa ilmu. Manakala bahasa Inggeris (BI) sebagai bahasa utama menyebabkan jangka panjangnya meminggirkan kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. 

Ia juga menyentuh tentang persoalan integriti kerana bahasa itu dikaitkan dengan jiwa sesuatu bangsa. Selagi pelaksanaan strategi memperkasa BI tanpa melakukan projek perintis, persiapan guru-guru dalam penguasaan bahasa, prasarana pembelajaran yang tidak kon dusif di luar bandar menyebabkan wujudnya jurang pencapaian yang berbeza dan boleh menyebabkan keciciran yang melebar. 


Isu 1: Pengaruh Bahasa Asing 
  • Apabila pengunaan Bahasa Inggeris cuba dimelayukan. 
  • Sebagai contoh, perkataan bajet yang merupakan perkataan yang diambil daripada Bahasa Inggeris iaitu budget atau ejaan sebenar dalam Bahasa Melayu iaitu bajet. Pengaruh Bahasa Inggeris ini juga menyebabkan keruntuhan Bahasa Melayu apabila penggunaanya semakin berleluasa dalam media elektronik.
  • Pada 2014, media elektronik ialah penggunaannya istilah infotaimen yang telah diperkenalkan oleh RTM.
  • Penggunaan istilah tersebut masih digunakan walaupun telah menerima banyak kritikan oleh tokoh bahasa. 
Isu 2: Pengaruh Bahasa Rojak (204586)
  • Persepsi masyarakat Melayu juga terhadap Bahasa Melayu ialah bahasa ini tidak dapat memberi kemajuan dalam kehidupan mereka kelak. 
  • Program-program di televisyen juga turut mempunyai bahasa rojak misalnya Program Sure Heboh. 
  • Kesilapan ejaan Bahasa Kebangsaan dan penggunaan bahasa rojak semakin ketara pada papan tanda perniagaan, iklan dan lain-lain lagi. 

Video tentang Pengaruh Bahasa Rojak 


Isu 3: Pengguna Bahasa Itu Sendiri (204146) 

  • Hal ini dapat dilihat melalui pembikinan filem-filem atau drama yang menggunakan bahasa rojak dan bahasa slang di dalam dialog. 
  • Para pelajar tidak semestinya mempelajarinya melalui keadaan sekeliling. 

4) Hak Asasi

Perkara 5-13: Hak-hak asasi di Malaysia terkandung di dalam Sembilan (9) peruntukan di bawah Bahagian 2 Perlembagaan Persekutuan di bawah Kebebasan Asasi (Akta 597) 

Isu 1: Kebebasan Hak Asasi Manusia Perlu ada Batasan 

SEJAK wujudnya internet, perbincangan mengenai kebebasan media sering menjadi topik perdebatan dari warung kopi hinggalah ke persidangan dunia.

Bagi mereka yang menganggap prinsip hak asasi dan kebebasan sebagai hak mutlak manusia, sebarang sekatan terhadap pengaliran maklumat dianggap sebagai pencabulan hak asasi manusia.

Contoh, bagi golongan yang taksub kepada kebebasan media, setiap teks, gambar dan video dan sebagainya yang disalurkan menerusi media baharu dan media sosial, begitu juga media tradisional, sepatutnya 'kebal' dari segi undang-undang kerana ia mempunyai fungsi yang besar kepada manusia.

Bagi mereka, setiap manusia berhak untuk mengetahui segala-galanya, manakala media adalah medium penyaluran maklumat sedemikian. Sememangnya, manusia yang mencari kebebasan berhak untuk mendapat segala-galanya tetapi ia juga mempunyai batasannya. Ada maklumat yang disalurkan menerusi internet tidak mengambil kira pelbagai faktor yang menyentuh soal kemanusiaan.


5) Hak Keistimewaan Orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak 

Perkara 153: Memberi tanggungjawab yang berat kepada YDPA untuk memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera (Sabah dan Sarawak)

Isu 1: Perkara 153 Jamin Hak Semua Kaum

Artikel daripada Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Hussain

Terdapat kumpulan yang menjadikan istilah bunga Malaysia sebagai satu dengan politik untuk mencabar kedudukan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Perkara 153 ialah peruntukan mengenai jaminan kedudukan istimewa orang Melayu dan anak-anak negeri, iaitu pribumi Sabah dan Sarawak, juga kepentingan sah kaum lain berwarganegara Malaysia.Barangkali kerana kurang memahami sejarah watan tanah air dan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, hari ini terdapat dua kumpulan yang saling bertentangan.

Kumpulan pertama, mereka yang tidak boleh menerima istilah bangsa Malaysia sama sekali kerana menurut mereka istilah itu menghapuskan kedudukan istimewa orang Melayu dan pribumi.

Kumpulan kedua, mereka yang mencabar Perkara 153 kerana berpendirian tidak perlu lagi ada diskriminasi kaum di Malaysia.


KESIMPULAN 

Perlembagaan Malaysia merupakan undang-undang tertinggi negara. Perlembagaan Malaysia yang digubal menjadi garis panduan dalam sistem pemerintahan, sistem politik dan pentadbiran negara di samping memberikan jaminan perlindungan kepada rakyat. Perlembagaan merupakan tunjang kepada keamanan dan perpaduan kaum di Malaysia. Permuafakatan sosial yang dipersetujui sewaktu menggubal Perlembagaan merupakan persetujuan yang telah diterima oleh pelbagai pihak pada ketika itu. Oleh itu, ketinggian Perlembagaaan seharusnya dijunjung bagi mengekalkan keamanan dan kestabilan negara Malaysia.


RUJUKAN 


1) https://www.bharian.com.my/kolumnis/2016/03/137097/kebebasan-hak-asasi-manusia-perlu-ada-batasan
2) https://prezi.com/tekwmyyyizsg/isu-isu-perlembagaan-persekutuan-malaysia/
3) https://ms.wikipedia.org/wiki/Isu_Karpal_Singh_dan_Sultan_Perak
4) https://rosfazila.wordpress.com/2014/08/06/bahasa-melayu-dimartabat-inggeris-diperkasa/
5) https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2019/04/556670/bahasa-rojak-hilangkan-jiwa-bangsa
6) Video tentang pengaruh bahasa rojak: https://youtu.be/BVeXpp6Zu58



Comments

  1. penerangan yang baik, teruskan usaha anda. semoga berjaya dunia & akhirat >.<

    ReplyDelete
  2. Isi kandungan yang amat membantu untuk mendalami Sejarah Tanah Melayu dan Malaysia. Teruskan usaha!!!

    ReplyDelete
  3. Padat dengan info dan fakta yang menarik mengenai sejarah yang berlaku di Tanah Melayu dan Malaysia. Teruskan usaha anda ! ! 1 ! 362559

    ReplyDelete
  4. Penulisan yang baik, isi kandungan yang tepat dan mengandungi banyak info² penting . Teruskan usaha anda anak muda !

    ReplyDelete
  5. Info yang padat dan mudah untuk difahami. Terima kasih

    ReplyDelete
  6. Isi yang padat dan mudah difahami. Terima kasih

    ReplyDelete
  7. MANTAPP I LIKEEE , BOLEH TERUSKAN BLOG BEGINI

    ReplyDelete

Post a Comment